Saturday, February 14, 2015

SET RESDUNG SHAKLEE

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua. Selamat beristi rehat di hujung minggu (^_^)

Apa itu Resdung?

Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung iaitu frontal sinus, sphenoid sinus, ethmoid sinus, septum dan maxillary sinus.

Penyakit Resdung adalah antara penyakit yang sering menjadi masalah kepada ramai orang di Malaysia.
Pelbagai rawatan telah dicuba untuk atasi masalah penyakit resdung ini.
Set Resdung Shaklee disyorkan bagi membantu mengatasi masalah yang menghantui anda selama ini. Dalam istilah perubatan, penyakit resdung dikenali dengan nama sinusitis. 
Masyarakat lazimnya menganggap penyakit ini adalah penyakit yang tidak berbahaya walaupun hakikatnya jika dibiarkan menjadi kronik ia boleh menyebabkan komplikasi kepada otak dan membawa maut!


Resdung



Apa kata pakar tentang penyakit resdung ini?

Pakar Hidung, Telinga dan Tekak Hospital Pakar Perdana, Dr. Mohamad Hamzah menyatakan resdung adalah sejenis penyakit hidung yang berpunca daripada radang pada membran. Sinus pula merujuk kepada rongga dalam tulang muka yang dipenuhi mukosa. Rongga sinus yang tersumbat berisiko menyebabkan masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak di dalamnya serta menghasilkan nanah. Sebagai tambahan, resdung juga boleh berpunca disebabkan oleh rerambut halus silia dalam rongga sinus yang gagal menyempurnakan tugas untuk melancarkan aliran mukus. 


Punca Penyakit Resdung

Pada kebiasaannya, para pesakit resdung akan mengalami situasi seperti bersin dengan kerap, dengkuran luarbiasa, batuk, gatal hidung, cepat letih, muka terasa sakit dan pening kepala waktu pagi. Bagi pesakit resdung yang kronik, resdung berisiko menyebabkan punca telinga menjadi pekak.

Antara komplikasi penyakit resdung:
  • Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
  • Jangkitan otak (meningitis)
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan tulang muka
  • Memburukkan keadaan lelah
  • Berdengkur yang kronik
  • Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
  • Alahan hidung atau hidung sensitif
  • Selesema biasa yang melarat.
Bagaimana Resdung Terjadi?
Mukosa mengeluarkan hingus dalam keadaan biasa (fisiologikal) dan hingus ini mengalir keluar dari sinus melalui lubang kecil yang dinamakan 'ostium' ke dalam rongga hidung. Apabila 'ostium' tersumbat, hingus terkumpul dalam sinus dan keadaan ini mengundang kehadiran kuman yang akhirnya boleh membawa kepada terjadinya resdung.


Resdung boleh disebabkan virus, bakteria atau kulat (fungus). Semakin banyak kes resdung kulat dijumpai, baik pada pesakit biasa atau mereka yang ada kompromi imuniti (ralat sistem pertahanan badan).

Ketika bernafas, setiap orang menghidu masuk ke dalam hidung berjuta spora fungus setiap hari. Bagaimanapun, spora ini tidak dapat membiak dalam hidung atau paru-paru yang segar dan sihat. Ini kerana mukosa hidung dilengkapi dengan sistem pertahanan tertentu untuk melawan fungus atau bakteria. Apabila berlaku ralat dalam sistem imuniti setempat atau umum, spora fungus dapat membiak sehingga menyebabkan resdung kulat.


Petua Mencegah Resdung
√ Elakkan daripada memelihara binatang berbulu di dalam rumah seperti kucing dan arnab
√ Elakkan daripada menggunakan cadar atau selimut yang diperbuat daripada bulu binatang
√ Selalu bersihkan karpet dengan menggunakan vacuum cleaner
√ Pakai penutup hidung semasa hendak membersihkan rumah
√ Banyakkan meminum air
√ Jagalah kebersihan muka
√ Elakkan memakan makanan yang mengundang pada alahan (contoh: makanan laut)


Set Resdung Shaklee Sebagai Rawatan Penyakit Resdung




 Alfalfa Complex
  • Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis).
  • Ramuannya yang kaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis).
  • Namun begitu, mereka menghidap penyakit SLE tak digalakkan mengambil alfalfa sebagai suplemen.
B Complex
  • Kandungan B6 dalam B Complex berperanan penting untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan.
  • Bertindak sebagai anti-stress. Apabila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka.
  • Membantu dalam membina protein dalam tubuh.
Vitamin C
  • Ia berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang menghadapi serangan penyakit.
  • Mempercepat proses penyembukan tisu tubuh.
  • Vitamin C memastikan proses pemuliharan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.
Jangan berlengah untuk mencuba Set Resdung Shaklee bagi mengatasi masalah resdung anda. Produk Shaklee adalah produk semulajadi, selamat, berkesan dan bebas dadah.




NAK ORDER!!!

Whatsapp/ Telegram/ Sms/ Call

0139010598
Shaklee id 961819
Email : umialiesya@yahoo.com
COD : Area Kuantan, Tg. Lumpur, Kempadang, Sg. Soi
Pengeposan ke SELURUH MALAYSIA termasuk SABAH dan SARAWAK









No comments:

Post a Comment