KHASIAT SUSU IBU
Susu ibu merupakan makanan dan minuman yang paling berkhasiat dan terbaik pada peringkat pertama tumbesaran bayi. Maka menjadi kewajipan kepada ibu untuk menyusukan bayinya serta menyempurnakan hak bayinya menikmati kebaikan susu ibu jika mereka mampu. Ramai di antara ibu2 yang berkerjaya memilih susu formula untuk bayi mereka berbanding susu ibu. Ini kerana mereka sibuk dengan urusan tanpa memandang betapa besar pahala dan banyak manfaatnya jika bayi mereka diberi susu ibu. Alasan mereka mungkin berbeza2. Tempat kerja jauh, letih, susu tak banyak, nak jaga kecantikkan dlll. Padahal ada cara untuk penyimpanan susu perahan dan supplement yang memperbanyakkan susu ibu.
Apakah kebaikan dan faedah susu ibu kepada bayi ?
1) Bayi menerima nutrien yang paling lengkap dan optimum untuk tumbesaran bayi.
2) Bayi lebih senang menghadam susu ibu dari susu formula, mengurangkan risiko sembelit kronik,,kolik dan gangguan perut yang lain.
3) Sistem imun bayi lebih kuat kerana bayi dilindungi daripada jangkitan,alergi,asma,kencing manis,obesiti dan penyakit lain.
4) Tidak ada bayi yang alah pada susu ibu.
5) Tidak mengandungi bahan kimia .
6) Bayi lebih cerdik dimana susu ibu meningkatkan perkembangan sistem otak dan saraf.
7) Sentiasa segar pada suhu yang bertepatan kerana susu ibu mempunyai suhu badan yang sama dengan badan bayi.
8) Rasa susu ibu berubah mengikut apa yang ibu makan. So, ia membantu memperkenalkan pelbagai rasa makanan kepada bayi melalui susu.
9) Mengerat ikatan emosi diantara ibu dan bayi.
10) Penyusuan susu ibu memainkan peranan penting dalam pembangunan emosi dan rohani bayi.
Apakah faedah untuk ibu yang memberi susu ibu ?
1) Susu ibu percuma. Ini dapat jimatkan kos susu.
2) Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.
3) Membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpah darah.
4) Mengurangkan risiko untuk kanser payudara dan ovari.
5) Mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman.
6) Penyusuan susu ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan (perancangan keluarga).
Wah!! bila kita perhatikan, sungguh banyak kelebihan dan keistimewaan yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada ibu dan bayi yang menyusu.
Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, tidak perlu risau lagi..
Anda hanya perlukan set menyusu Shaklee bagi membantu anda memperbanyakkan susu dan memberi kecergasan kepada tubuh badan supaya kekal aktif dalam melaksanakan tugas seharian.
Hanya yang terbaik untuk anda dan bayi anda..
Dapatkan set mengikut bajet anda dan harga istimewa buat ibu2 yang ingin menyusukan bayi mereka.
Untuk Order
Pm/ Whatsapp/ Sms/ Call
Umi Aliesya
0139010598
Shaklee Independent Distributor
ID : 961819
umialiesya@yahoo.com
www.vitamin4mama.blogspot.com
No comments:
Post a Comment