Friday, January 2, 2015

SALAM MAULIDUR RASUL 1436H / 2015M

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Maulidur Rasul 1436H / 2015M12 Rabiulawal merupakan tarikh lahir junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Pada tahun ini sambutan Maulidur Rasul bertemakan “Perpaduan Nadi Transformasi Negara”.



Sempena Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini,mari kita mengenali lebih dekat lagi akan personaliti insan teragung ini secara ringkas.

BIODATA RASULULLAH SAW
  • Nama: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin hashim.
  • Tarikh lahir: Subuh Isnin 12 rabiulawal/20 april 571M (dikenali sebagai tahun gajah, sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Mekah).
  • Tempat lahir: Di rumah Abu Talib,Mekah Al-Mukarramah.
  • Nama bapa: Abdullah bin Abu Muttalib bin Hashim.
  • Nama ibu: Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
  • Pengasuh pertama: Barak ah Al-Habsyiyyah(digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah).
  • Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
  • Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-sa’diah (lebih dikenali Halimah Assa’diah.Suaminya bernama Abu Kabsyah).
  • Kewafatan Rasullullah SAW di Madinah Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiul Awal 11 Hijrah/08 Jun 632 Masihi.

Isteri-isteri Rasullullah SAW
  1. Khadijah binti Khuwailid
  2. Saudah binti Zam’ah
  3. Aisyah binti Abu bakar
  4. Hafsah binti Umar
  5. Ummu Habibah binti Abu Sufyan
  6. Ummu salamah (Hindun binti Umayyah )
  7. Zainab binti Jahsy
  8. Maimunah binti Haris
  9. Safiyyah binti Huyai
  10. Zainab binti Khuzaimah.

Anak-anak Rasullullah SAW
  1. Qassim
  2. Abdullah
  3. Ibrahim
  4. Zainab
  5. Ruqayyah
  6. Ummu Kalsum
  7. Fatimah

Bentuk Fizikal Dan Personaliti:
  • Baginda Rasulullah SAW digambarkan sebagai seorang yang bertubuh tegap dengan ketinggian sederhana dan berkulit kemerah-merahan. 
  • Wajahnya tampan dan berambut tidak begitu kerinting serta tidak begitu lurus, namun ikal mencecah ke bahu.
  • Muhammad SAW juga dikatakan memiliki sepasang mata berwarna hitam pekat, bulu mata yang lentik, bahu yang lebar dan tidak berbulu. Memiliki telapak tangan dan kaki yang tebal.
  • Riwayat juga menyatakan bahawa ketika berjalan, Rasulullah SAW seolah-olah berjalan menuruni tanah yang lanai dan ketika menoleh, baginda menoleh dengan seluruh badan. Diantara kedua-dua bahu baginda terdapat tanda kenabian.
  • Selain itu, Muhammad SAW juga dikatakan memiliki janggut yang bersih dan terjaga rapi, berhidung mancung, gigi yang tersusun rapi bercahaya tapi renggang sedikit di bahagian hadapan dan rambutnya dibelah tengah.
  • Warna kegemaran : Merah, Putih dan Hijau.
  • Makanan kegemaran : Kurma, Bali, Buah Tin dan Anggur.
  • Sukan kegemaran : Menunggang kuda, memanah dan berenang.

Bersama kita ingat dan renung kembali akan 10 Amanat Terakhir Rasulullah kepada kita semua (dari khutbah terakhir Rasulullah SAW) :
  1. Menjaga Jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.
  2. Jangan kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu. 
  3. Mengingati hari kematian dan hari pembalasan
  4. Menjaga amanah Allah (wanita) dengan menjaga kehormatan mereka
  5. Berwaspada terhadap godaan syaitan demi keselamatan agama Islam walaupun dalam hal-hal yang kecil.
  6. Menjaga kewajiban dan keharmonian suami isteri
  7. Mengharamkan zina
  8. Sempurnakan lima rukun Islam
  9. Mengekalkan ikatan silaturahim sesama Islam (semua umat Islam adalah bersaudara)
  10. Berpegang teguh kepada Al Quran dan Sunnah

"Hendaklah orang-orang yang hadir mendengar ucapanku ini menyampaikannya kepada orang lain yang tidak hadir dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitulah seterusnya. Mungkin nanti orang yang mendengar berita tentang khutbah ini lebih memahami kata-kataku ini dari kamu yang mendengar terus dariku pada hari ini." Nabi Muhammad SAW.

Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”


Umi Aliesya
0139010598
SID 961819
umialiesya@yahoo.com
www.vitamin4mama.blogspot.com

No comments:

Post a Comment