Monday, November 3, 2014

VITAMIN TAMAT TEMPOH

 Adakah selamat untuk makan vitamin tamat tempoh?

Jawapannya cukup mudah!!

SELAMAT tapi anda tidak akan mendapat manfaat maksimum daripada penyerapan vitamin tersebut seperti mula-mula anda beli. Untuk pengetahuan anda, FDA tidak meletakkan syarat  kepada makanan tambahan untuk mempunyai tarikh luput, tetapi syarikat-syarikat vitamin yang paling terkenal seperti Shaklee akan cuba untuk menentukan bila makanan tambahan akan kehilangan keberkesanannya.

Secara umumnya, tarikh luput menunjukkan tarikh akhir tahap tertinggi vitamin tersebut memberikan kesan maksimum. Kita mengambil vitamin untuk mendapatkan beberapa manfaat kesihatan pada tubuh badan kita. Tapi kalau makan vitamin yang dah separa berkesan, ianya merugikan juga. Yang terbaik adalah buang dan beli yang baru.

Adakah terdapat kesan buruk kalau makan vitamin tamat tempoh??

Seperti yang diberitahu, ianya selamat untuk dimakan. Bermakna vitamin tersebut tidak akan bertukar menjadi racun atau toksik yang membahayakan kesihatan seperti mana kita makan makanan yang tamat tempoh. Tetapi seperti yang dinyatakan, vitamin akan kehilangan potensi mereka. Tiada sebarang kes yang telah didokumenkan penyakit atau kematian dari vitamin tamat tempoh, tetapi seeloknya hindarkan makan vitamin yang telah berubah bau dan warna.

Bagaimana cara melanjutkan tempoh vitamin??

Menurut laporan dari Purdue University News Service, dapur bukanlah tempat terbaik untuk menyimpan vitamin. Kawasan ini boleh menjadi kawasan yang terlalu panas. Simpan vitamin yang anda ambil setiap hari dalam peti sejuk juga bukan idea yang baik kerana aktiviti membuka dan menutup penutup membolehkan pemeluwapan terbentuk dalam botol. Sebenarnya cara terbaik adalah simpan di ruang simpanan yang gelap, seperti almari di mana anda menyimpan linen, tuala dan pakaian.

Kesimpulannya, vitamin biasanya mempunyai tarikh tempoh lebih dari 2 tahun melainkan makanan tambahan yang berbentuk serbuk, lebih cepat tarikh luputnya. Untuk mengelakkan anda dari terlebih tarikh luput, makan secara konsisten start dari awal lagi. Lagi lama dihabiskan akibat dari culas makan, lagi kurang keberkesanan vitamin kerana vitamin semakin menghampiri tarikh tamat tempoh.

No comments:

Post a Comment