Salam semua.
Pada hari minggu macamni kita seronok berkumpul bersama-sama ahli keluarga kita. Cuti sekolah baru sahaja bermula. Harini saya ingin berkongsi cerita dengan anda semua. Saya pun bukanlah pandai dalam bercerita dan menulis ni. Saya cuba menyampaikan sekadar yang termampu dan semoga anda memahami penulisan saya ini (^_^)
Baru sebentar tadi saya didatangi seorang wanita muallaf Cina lewat 30an yang mengadu kesusahan yang dialaminya. Sebenarnya dia datang ke rumah saya kerana ingin meminta sedikit duit untuk membeli sarapan pagi. Tapi sebelum saya memberinya duit, saya nak dengar dulu bagaimana dia memperolehi pendapatan jika saya tidak menghulurkan sumbangan itu. Sebelum ini dia juga sudah beberapa kali datang meminta simpati dan sumbangan. Masa tu saya tidak berkesempatan masa untuk bertanya dengan lebih lanjut. Dia adalah seorang ibu tunggal kepada 3 orang anaknya yang masih kecil... dan beliau baru sahaja memeluk Islam pada Januari 2013. Setelah memeluk Islam , dia telah bercerai kerana suaminya enggan memeluk Islam. Dia hanya menyara anak-anaknya dengan menjual keropok sayur dan membuat sedikit biskut yang untungnya tidak lah seberapa dan perlu membayar sewa rumah juga. Mujurlah dia juga mendapat duit sumbangan MUIP untuk golongan ibu-ibu tunggal.
Baru-baru ni dia telah menikah lagi dengan seorang muallaf Cina. Duit ibu tunggal yang diterimanya selama ini telah dipotong kerana dia sudah berkahwin, sedangkan dia masih perlu berkongsi dengan suami membayar rumah sewa dan yuran pelajaran anak-anaknya. Dia juga telah pergi merata tempat untuk memohon bantuan kewangan. Mungkin belum ada rezeki baginya.
Cara dia bercerita pun saya tengok dia macam dah nak putus asa dan kecewa. Dia kata banyak dugaan yang berat-berat terpaksa dilaluinya. Dia pening memikirkannya. Keluarga dia dan keluarga suaminya masih makan daging khinzir. Dia pula tidak dibenarkan memasak menggunakan dapur mereka. Dia kata dia selalu masak mee simpul sahaja untuk mengisi perut. Lama-lama jemu juga katanya.
Saya pun tanya dia, masuk Islam ada tak u sembahyang??. Dia kata ada. Dia kata dia selalu buat solat Dhuha sebab dia tahu rezeki akan datang dengan Dhuha..Saya pun tanya dia lagi. Dalam sehari kita ada 5 waktu sembahyang, u buat semua tak? Dia pun cakaplah dia hanya buat solat yang tertentu sahaja. Sehari dalam 2@3 waktu sahaja.
Kalau nak cerita ni memang panjang dan banyak lagi soalan saya padanya. Tapi diringkaskan cerita, saya menasihatkanya walau susah dan payah macam mana pun, solat 5 waktu jangan ditinggalkan. Solat 5 waktu itu yang wajib kena buat, kalau tidak kita akan dapat dosa. Solat yang sunat tu kita buat setelah kita dah buat yang wajib kerana perkara sunat itu hanya menambahkan pahala kita tapi tidak berdosa jika meninggalkannya. Saya kata u diuji sekarang kerana Allah sayangkan u.
Saya lihat dia mendengar nasihat saya dengan lapang dada dan mudah-mudahan dia akan melakukannya. Saya kata u buat dulu and then u akan rasa ketenangan dan diberi kemudahan oleh Allah SWT, Insya Allah.
Selepas itu kami pun bersalaman dan saya menghulurkan sekadar yang termampu.
Di sini saya bukan sahaja gembira dapat menghulurkannya duit tapi saya lebih gembira jika dia dapat melaksanakan ibadah yang wajib seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada semua yang beragama Islam. Wallahua'lam..
Cerita pagi tadi,
Ummialiesya
0139010598
<Sr. Supervisor at Shaklee4u>
www.vitamin4mama.blogspot.com
No comments:
Post a Comment