Healing Krisis
Krisis pemulihan ialah suatu proses di mana badan seseorang melalui jangkamasa pembersihan dan pembinaan semula. Sebagai sebahagian daripada proses pemulihan, badan seseorang akan mula mnyingkirkan sisa toksik yang telah lama terkumpul di dalam badan selama bertahun-tahun.
Semasa proses penyingkiran toksik, badan anda akan mengalami tanda-tanda dan gejala tidak selesa, dan ini diiktiraf sebagai krisis pemulihan. Dalam falsafah Perubatan Cina, pemulihan yang sebenar perlu sentiasa didahului dengan krisis pemulihan.
Mengapa Terjadi Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Setelah Mengambil Supplement?
Menurut Profesor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila seseorang mengambil supplement ke dalam diet, nutrien akan bertindak balas dengan oksigen di dalam tubuh. Tindakbalas ini sebenarnya menggalakkan dan merangsang organ badan supaya bekerja lebih kuat untuk melakukan pembersihan, penghapusan, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru, pengimbangan dan sebagainya.
Sebagai contoh, anda mungkin mengalami ruam kulit, lebih banyak pergerakan usus. Ini adalah tanda-tanda badan sedang melalui detoksifikasi.
Bayangkan jika badan anda adalah seperti paip besi berkarat, dan apabila anda masukkan ke dalam beberapa ejen karat atau pembersih paip. Pada permulaannya, lebihan karat akan keluar dari dinding paip (toksik). Ia akan nampak lebih teruk kerana kotoran telah membanjiri paip. Tetapi apabila semua karat telah dibersihkan, paip akan menjadi cantik dan bersih semula.
Adakah Krisis Pemulihan ( Healing Crisis) Suatu Petanda Yang Baik?
Ya. Krisis pemulihan adalah satu petanda yang menunjukkan bahawa rawatan atau supplement yang anda ambil, sememangnya berkesan.
Sesetengah orang mungkin fikir bahawa kesihatan mereka semakin teruk, tetapi sebaliknya ia adalah satu proses penyembuhan semulajadi dan ia sememangnya satu petanda yang baik untuk bergerak ke arah kepada proses penyembuhan yang sebenar.
Umumnya, krisis pemulihan hanya berlaku kepada orang yang sihat kerana ia menunjukkan bahawa kesihatan anda masih di tahap yang tinggi untuk membuat respon kepada perubahan biologi semasa proses penyembuhan.
Walau bagaimanapun, apabila tidak ada krisis pemulihan berlaku, ia mungkin kerana sama ada tubuh anda sememangnya tiada toksin dan kesihatan anda di tahap yang paling optimum, atau badan anda terlalu lemah dan tidak dapat melalui proses penyembuhan.
Adakah Semua Orang Mengalami Tanda-tanda dan Gejala Yang Sama Semasa Krisis Pemulihan (Healing Crisis)?
Semua orang adalah berbeza. Sesetengah orang mengalami krisis penyembuhan sejurus selepas pengambilan supplement, sementara yang lain hanya akan berlaku selepas satu atau dua bulan. Tahap keseriusan juga berbeza. Jika sistem badan lebih toksik, maka dia akan mengalami krisis pemulihan yang lebih berat.
Secara Umumnya, Berapa Lamakah Proses Pemulihan (Healing Crisis) Akan Berlangsung?
Ia bergantung kepada keadaan kesihatan individu. Ia boleh berlaku selama 2-3 hari atau 2-3 bulan.
Kebanyakan Orang Berasa Lebih Baik Selepas Mengambil Supplement, Tetapi Saya Telah Mengamalkan Pengambilan Supplement Untuk Seketika, dan Saya Tidak Perasan Sebarang Perbezaan. Mengapa Ini Terjadi?
Secara umumnya, selepas 1-2 bulan selepas pengambilan supplement, anda akan merasa beberapa perubahan (seperti semakin bertenaga, pergerakan usus yang lebih baik, dll).
Jika anda tidak sedar akan peningkatan apa-apa, penjelasan yang mungkin adalah :
1. Anda tidak mengambil dengan konsisten.
2. Anda tidak mengamalkan seperti dos yang disyorkan.
3. Takut melalui krisis pemulihan yang teruk, jadi anda berhenti mengambil semuanya sekaligus.
4. Gaya pemakanan dan gaya hidup yang tidak seimbang.
5. Penyakit kronik - memerlukan tempoh yang lebih lama untuk pulih.
6. Keadaan tubuh yang kronik.
Tanda Krisis Penyembuhan (Healing Crisis) dan Kemungkinan Punca :
- Keletihan, berasa mengantuk - Tubuh berasid, fungsi hati yang lemah, terlalu letih, memerlukan rehat yang lebih.
- Sakit kepala, kepala terasa berat - Tekanan darah yang tinggi, tanda-tanda detoksifikasi.
- Demam, demam sedikit, keresahan - Metabolisma meningkat, merangsang fungsi imun badan.
- Cirit-birit, kerap membuang air besar, najis berwarna gelap dan berbau, air kencing berbau busuk - Tanda detoksifikasi, sisa-sisa toksin terkumpul di dalam kolon.
- Kembung, perut bergas - Sistem penghadaman yang lemah.
- Ruam, gatal kulit, peluh berbau busuk, rembesan mukus, kelemumur - Fungsi hati yang lemah, kesihatan kolon dan sistem penghapusan yang lemah.
- Pengeluaran lendir seperti kahak, hidung berair - Fungsi paru-paru yang lemah, mengeluarkan kahak, tanda detoksifikasi.
- Hidung berdarah - Mungkin tanda anemia (tidak cukup darah merah).
- Sakit di bahagian otot dan sendi - Tubuh berasid, toksin terkumpul di tempat yang sakit.
- Merasa lebih sakit di bahagian yang terjejas - Proses penyembuhan semakin cepat.
- Insomnia atau hiperaktif - Sistem saraf yang lemah.
- Haid tidak teratur, perubahan pada kitaran haid, gatal di punggung, semakin banyak mengeluarkan lendir - Ketidakseimbangan hormon, sedang memperbetulkan hormon.
- Pendarahan ketika membuang air besar - Mungkin buasir.
- Pening, lapar - Hipoglisemia ( paras gula dalam darah yang rendah), anemia ( tidak cukup darah merah).
- Loya, sembelit, sedu - Sistem penghadaman lemah, masalah hati.
- Slight Edema (bengkak) - Masalah buah pinggang.
No comments:
Post a Comment